Selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada Filipina, skuad Harimau Muda kini bersiap sedia untuk menebus kekecewaan apabila berdepan Brunei dalam perlawanan kedua Kumpulan A Kejohanan Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025.
Kekalahan 0-2 dalam aksi sulung yang berlangsung di Jakarta itu sememangnya memberi tamparan hebat kepada pasukan muda kendalian jurulatih Nafuzi Zain. Namun, mereka masih berpeluang menghidupkan kembali impian mara ke peringkat seterusnya.
Malaysia perlu mencatat kemenangan mutlak dalam perlawanan menentang Brunei, lawan yang turut menerima nasib malang apabila ditewaskan dengan jaringan besar 0-8 oleh Indonesia dalam perlawanan terdahulu.
Menurut Nafuzi, anak buahnya tidak boleh larut dalam kekecewaan. Dalam satu kenyataan kepada media, beliau menekankan betapa pentingnya untuk memperbaiki kelemahan dan memastikan kemenangan.
“Kita tidak boleh terus kecewa. Kita kena baiki apa yang kurang dan pastikan menang bertemu Brunei,” jelas beliau.
Tarikh: 18/7/2025 (Jumaat)
Saluran: Astro Arena Bola 803, Live Streaming di di Astro GO & sooka
Venue: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia
Waktu: 5. 30 petang
Aksi menentang Brunei merupakan peluang penting buat Malaysia sebelum mereka bertemu Indonesia dalam perlawanan terakhir kumpulan – satu pertemuan yang dijangka sukar memandangkan Indonesia menunjukkan taring awal mereka dengan kemenangan besar.