Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, semakin hampir untuk melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir kejohanan Terbuka China 2025, salah satu kejohanan elit dalam siri BWF Super 1000.
Aksi separuh akhir yang berlangsung semalam di Gimnasium Pusat Olimpik Changzhou menyaksikan Aaron-Wooi Yik mempersembahkan permainan yang konsisten dan meyakinkan. Mereka berdepan cabaran daripada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty, namun berjaya menamatkan perlawanan dalam masa 43 minit sahaja dengan kemenangan straight set, 21-13 dan 21-17.
Kejayaan tersebut memberikan suntikan semangat buat pasangan ranking kedua dunia itu, yang kini hanya tinggal satu lagi perlawanan sebelum merangkul gelaran pertama mereka di pentas Super 1000. Ia merupakan satu pencapaian yang pastinya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh mereka, malah seluruh penyokong badminton tanah air.
Menanti mereka di final adalah pasangan beregu Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Shohibul Fikri. Gandingan ini bukan calang-calang lawan, memandangkan mereka memiliki kekuatan yang seimbang dan sering memberi saingan sengit dalam kejohanan antarabangsa.
Namun, jika melihat kepada prestasi semasa Aaron dan Wooi Yik, keyakinan terhadap kemampuan mereka untuk menewaskan Fajar-Shohibul adalah tinggi. Selain dari aspek teknikal permainan, semangat juang dan motivasi mereka juga kelihatan berada di tahap terbaik.
SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) Final TERBUKA CHINA
Tarikh: 27 Julai 2025
Saluran: CH 816 (Astro Badminton)
Venue: Pusat Gimnasium Sukan Olimpik Changzhou
Masa: Bermula jam 1 petang
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!