TERKINI : Sah dan Rasmi

Paris bakal menjadi saksi kehebatan jaguh badminton dunia apabila Kejohanan Badminton Dunia BWF membuka tirainya pada 25 Ogos nanti. Malaysia akan menghantar 13 wakil terbaik negara untuk menggalas cabaran di kejohanan berprestij ini yang menjadi medan pertembungan pemain elit dari seluruh dunia.

Tumpuan peminat sukan tanah air tertumpu kepada Lee Zii Jia, perseorangan lelaki profesional negara yang kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan buku lali. Dalam undian pusingan pertama, beliau akan bertemu pemain Korea Selatan, Jeon Hyuk-jin, yang kini menghuni ranking ke-38 dunia. Perlawanan ini dijangka menguji ketahanan fizikal dan mental Zii Jia selepas berehat panjang.

Sekiranya Zii Jia berjaya menundukkan lawan pertamanya, beliau bakal berdepan cabaran lebih getir menentang bintang muda China, Li Shi Feng, yang berada di ranking keempat dunia. Li dikenali dengan kelincahan dan teknik permainan yang mantap, menjadikan pertemuan ini antara yang dinantikan sekiranya ia menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara dalam kategori perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, turut akan beraksi di Paris. Jun Hao akan berdepan pemain Switzerland, Tobias Kuenzi, dalam aksi pembukaan. Dengan kedudukan ranking ke-52 dunia, Jun Hao memiliki kelebihan berbanding lawannya yang berada di ranking ke-112, namun kejohanan dunia sering menghadirkan kejutan yang sukar diduga.