Info Siaran langsung penentuan ke final

Malaysia kini menaruh sepenuh harapan kepada dua wakil yang masih bertahan dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF yang berlangsung di Perancis. Harapan besar digalas oleh pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, serta gandingan campuran yang semakin meningkat naik, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Pearly-Thinaah tampil sebagai pilihan kedua kejohanan dan bakal berdepan gandingan dari Jepun, Nami Matsuyama serta Chiharu Shida dalam peringkat separuh akhir. Pertemuan ini dianggap sebagai ulangan persaingan klasik kerana kedua-dua pasukan pernah beberapa kali bertemu di pentas antarabangsa. Apa yang memberi kelebihan buat pasangan negara adalah rekod pertemuan lalu yang lebih berpihak kepada mereka.

Namun begitu, cabaran tetap menanti kerana pasangan Jepun ini tidak mudah mengalah dan terkenal dengan daya tahan yang kuat dalam setiap perlawanan. Oleh itu, Pearly-Thinaah perlu memastikan mereka mengekalkan fokus serta tidak memberi ruang kepada lawan untuk bangkit.

Sementara itu, The Little Gangsters atau pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan menentang wakil tuan rumah dalam aksi yang cukup penting. Walaupun lawan mempunyai kelebihan sokongan penyokong sendiri, Chen-Toh diyakini mampu menyaingi kehebatan mereka berkat pengalaman yang luas. Kejayaan mara ke pentas final buat pertama kali akan menjadi pencapaian bersejarah dalam karier mereka.

SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) SEPARUH AKHIR KEJOHANAN DUNIA BWF 2025
Tarikh: 30 Ogos 2025
Saluran: Astro Arena 2, Astro Badminton (802,815)

Venue: Adidas Arena, Paris Masa: Jangkaan bermula 5 petang ini

Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!