SUKAN

TERKINI : Keputusan aksi Pearly-Thinaah di penentuan ke Separuh Akhir Terbuka China

Hasrat beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia BWF Terbuka China 2026 tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, hari ini.

Dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Olympic Sports Center Gymnasium, pasangan negara yang menghuni ranking kelima dunia itu tunduk straight set 16-21, 16-21 dalam tempoh perlawanan yang kompetitif.

Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah, yang merupakan pilihan kelima kejohanan, gagal meneruskan cabaran sekali gus menamatkan kempen Malaysia dalam kejohanan bertaraf Super 1000 tersebut.

Fukushima-Matsumoto yang berada di ranking keempat dunia dan juga pilihan keempat, menampilkan aksi lebih konsisten sepanjang perlawanan untuk memastikan kemenangan.

Ini merupakan pertemuan ke-10 antara kedua-dua pasangan, dengan rekod kini terikat 5-5 selepas Pearly-Thinaah sebelum ini mendahului 5-4.

Pearly-Thinaah yang kebelakangan ini dilihat bergelut dengan penurunan prestasi, gagal mengimbangi corak permainan lawan terutama dalam dua set yang memihak kepada pasangan Jepun.

Dengan kekalahan ini, Malaysia tidak lagi mempunyai wakil dalam saingan selepas Pearly-Thinaah menjadi satu-satunya pasangan yang mara ke peringkat suku akhir.