JOHOR BAHRU: Skuad hoki remaja negara memperoleh kemenangan kedua dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2026 selepas menghasilkan kebangkitan bertenaga untuk menewaskan Jepun 4-2 di Stadium Hoki Taman Daya, malam tadi.
Keputusan itu menjadi bekalan moral penting buat Young Tigers sebelum mereka kembali ke gelanggang malam ini untuk berdepan Pakistan.
Malaysia bagaimanapun terpaksa melalui jalan sukar untuk mendapatkan kemenangan.
Jepun memulakan perlawanan dengan lebih agresif apabila memberikan tekanan kepada benteng negara dan kerap mencari ruang untuk mendapatkan jaringan awal.
Selepas beberapa percubaan, Matsuki Mori akhirnya berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-19 untuk memberikan kelebihan kepada pasukan pelawat.
Young Tigers terus berusaha mencari gol penyamaan dan peluang terbaik hadir ketika berbaki dua minit dalam suku kedua.
Hafiezuddin Mohd Ali diberikan tanggungjawab mengambil penalti stroke dan dia tidak melakukan kesilapan untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Namun, Jepun kembali menguji ketahanan pasukan negara apabila berjaya menjaringkan gol kedua selepas sekali lagi menewaskan penjaga gol Adib Amsyar Mohammad Hanif.
Malaysia kembali berada dalam keadaan mengejar.
Walaupun demikian, pemain negara tidak hilang arah.
Pasukan kendalian Nor Saiful Zaini Nasirrudin terus meningkatkan tempo dan menunjukkan semangat juang untuk memburu sekurang-kurangnya gol penyamaan.
Apa yang berlaku selepas itu mengubah sepenuhnya perjalanan perlawanan.
Aferull Syah Ahmad Azuan Syahrill menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk membawa Malaysia kembali menyamakan kedudukan.
Jaringan tersebut memberikan keyakinan tambahan kepada Young Tigers yang terus memberikan tekanan.
Naaveennash Paniker S Thevendra kemudian menghasilkan gol padang untuk meletakkan Malaysia di depan.
D